GARIS MASA

GARIS MASA

Soalan-soalan Lazim KOIL2017

KOIL adalah singkatan kepada Kemaman Open Innovation Lab iaitu sebuah kemudahan makmal inovasi yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk orang ramai yang terletak di IKBN Kemasik, Terengganu.

Manakala Kemaman Open Innovation Challenge (KOIL2017) pula adalah program Pembangunan Usahawan yang dianjurkan oleh SKMM dan Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman (PTDK) bermula 14hb Julai 2017 hingga 11hb November 2017 berpusat di KOIL, yang merangkumi 3 siri bengkel berlainan objektif serta kumpulan sasar.


Siri 1 – #CAMBOH – bagi usahawan kecil / usahawan desa dan usahawan baru yang ingin mengembangkan pasaran dan meningkatkan automasi perniagaan secara online.


Siri 2 – #ABIHRENG – bagi individu atau kumpulan yang mempunyai idea baru untuk membina web / mobile apps (applikasi web / mudah alih) dan berminat untuk mula meneroka potensi mereka.


Siri 3 – #KEMAH – bagi individu atau kumpulan yang berminat dan mempunyai idea bagi memajukan sosio ekoomi komuniti setempat mereka melalui keusahawan sosial.


Tidak. Siri-siri program KOIL2017 akan berjalan secara bersiri dalam masa dan tempoh yang berlainan. Sila rujuk jadual program KOIL2017 di www.koil.my untuk maklumat lanjut.


Tidak. Anda boleh menyertai mana-mana siri bengkel KOIL2017 yang selari dengan minat anda.

Ya. Anda boleh memilih untuk menyertai satu, dua atau ketiga-tiga siri bengkel KOIL2017.

Anda hanya perlu mendaftar penyertaan anda secara online di www.koil.my atau dapatkan (dan hantarkan) borang penyertaan anda di KOIL IKBN Kemasik atau Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman, sebelum tarikh bemula setiap siri.

Segala bahan dan kelengkapan akan disediakan untuk anda pada masa program dijalankan.

Tiada syarat kelayakan ditentukan untuk menyertai program ini. Selagi anda seorang rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas dan mempunyai minat mendalam serta cita-cita untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda dijemput untuk turut serta.

Pakaian adalah bebas, selagi sopan, kemas dan selesa bagi anda menjalankan aktiviti-aktiviti latihan (indoor) seharian di KOIL.

– Ilmu pengetahuan dan pengalaman membina perniagaan baru yang lahir dari idea anda sendiri
– Pendedahan kepada kaedah keusahawanan terkini
– Permulaan berbentuk fizikal yang baik untuk perniagaan baru anda (prototaip, rangka kerja rancangan perniagaan, kedai online, dsb.)
– Sijil penyertaan
– Segalanya PERCUMA

Selain dari meningkatkan pengetahuan dan pengalaman didalam keusahawanan, anda juga akan didedahkan dengan cara dan kaedah yang digunakan oleh usahawan-usahawan tempatan yang telah berjaya sebelum ini. Berlainan dengan kebanyakan program pembangunan usahawan lain, program KOIL2017 menggunakan kaedah “Hands On Coaching” yang mana anda akan berpeluang untuk terus membina perniagaan anda dan melihat hasilnya segera.

Hasil dari penyertaan anda dari program KOIL2017 akan menyediakan anda untuk melangkah kehadapan ke program-program lanjutan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Cradle Fund, MaGIC, MDeC dan sebagainya. Dalam masa yang sama, anda telahpun bergelar usahawan.

SEKRETARIAT

SEKRETARIAT

Jika terdapat sebarang pertanyaan, Sila Hubungi:

019.217.8081 (HELMI)     010.889.1974 (IZHAM)